skip to main |
skip to sidebar
Orang-orang Sumer dikatakan berasal dari kawasan pergunungan. Ini
ditunjukkan dengan bangunan-bangunan awal di Sumer didirikan dengan kayu
balak dan teks-teks purba yang menyebut tentang dewa orang-orang Sumer
yang tingal di kawasan pergunungan. Ada juga ahli sejarahwan yang
berpendapat bahawa orang-orang Sumer merupakan campuran pelbagai ras dan
tamadun iaitu gabungan unsur luar dan tempatan.
Di samping orang Sumer, terdapat satu lagi bangsa utama iaitu orang
Semitik. Mereka mendiami bahagian tengah Mesopotamia yang juga dikenali
sebagai Akkad dan berasal dari Semenanjung Tanah Arab. Mereka telah menubuhkan empayar pertama di Mesopotamia di bawah pemimpin mereka yang utama iaitu Sargon Agung yang dikenali sebagai Empayar Akkadia. Orang-orang Amorite dan Armaean juga merupakan suku bangsa Semitik yang memainkan peranan dalam sejarah Mesopotamia.
0 comments:
Post a Comment